PLEASE CLICK ME!

Tuesday, October 28, 2014

Dock Brief oh Dock Brief!

Assalamualaikum Incik Blog, rakan-rakan dan awak, Prince Charming saya! (eceh ceh, saja kasi gimik, bajet adalah sangat prince Chhhaarming)

Apa khabar?Sihat ke?Alhamdulillah sihat. Fuh, aku tak ingat bila last aku mengupdate entri terbaru. Yang pasti pasal Dinner kan. Hari Incik blog, aku tak busy di malam hari.Baju sudah kukutip basuh, juga yang dah kering sudah kusiap lipat. Al-Quran sudahku baca, Alhamdulillah. Surah An-Nisa sampai ayat 45. Solat wajib sudahku kerjakan, lima waktu semuanya. Alhamdulillah.

Semua ni penawar buat hatiku. Erm, cer tengok tajuk entri tu?Dock brief?Apakah?Erm, kot-kot ada yang rajin singgah baca mesti tanye apa tu Dock Brief??Kalau budak-budak Law macam aku mungkin dan pasti tahu apakah itu.

Meh aku ringkaskan. Sebenarnya esok kan Incik blog, aku ada duty dekat court. Turn aku pulak Dock Brief bulan ini. Kiranya macam ni, pagi-pagi nanti pergilah aku ke mahkamah, lalu pergilah ke mahkamah majistret dan rakan-rakanku yang dah pergi berpesan padaku, "fara kat court nanti dah kat court tanya semua, jurubahasa, polis, dpp tanya da tak yang nak mengaku bersalah?Kalau ada, keluarkan pen dan kertas dan catat apa yang patut dari pihak OKT (orang yang kena tuduh), buat rayuan bai pihak beliau.."

Macam tulah lebih kurang. Kiranya nanti aku, selaku PDK(Pelatih Dalam Kamar) akan mewakili OKT untuk buat rayuan jika dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan kepadanya. Dock Brief ini amatlah penting. Kau tahu kenapa?Kau kan future lawyer, jadi kalau kau tak pernah buat dock brief, macam mana kau nak pergi mahkamah and fight for your case????Well said, keberanian dan knowledge mesti ada. Tak boleh memandai-mandai!Faham!

Tapi aku nervous sangat-sangat. Yela, walaupun ni kali kedua kau buat Dock Brief (DB), tapi kali pertama Db tak pernah dapat kes pun. And kali pertama, ada kawan aku, Adeela temankan. Tapi esok aku kena pergi seorang diri. BERSEORANGAN meniti kehidupan..Eceh Eceh! Yela, bukan apa, actually aku ni dok kerja belakang tabir jer!Muahahah! Faham ke tak? HAisyh, nak kena explain lagi...Maksud aku, aku dah dekat lima bulan chabering mana pergi court.Baru sekali dua pergi. Al-maklumlah, aku kan buat conveyancing ni, jadi demi mempertajamkan dan memperkuatkan ilmu-ilmu conveyancing dan demi hasratku yang mana menjadi conveyancing lawyer, jasi aku dengan tamaknya belajar pnveyancing dari mula-mula chambering sampai sekarang!

Opssss!Over sangat tu ayat. Iddak le tamak, tapi dah memang niat dalam hati nak buat conveyancing, so memang aku bekerja hanya stay dalam ofis jela tak keluar ke mana unless kalau ikut Lawyer aku pergi meeting. So, memang tu lah kerja aku.kadang-kadang duduk ofis pun bertalu-talu panggilan telefon masuk untuk aku. Tapi takpe, demi ilmu, aku usahakn sebaik mungkin utuk belajar sebanyak yang aku mampu....

Hurm...panjang lebar aku menulis. Yela, nervous punya pasal.At least release jugaklah kegusaran di hati.Memang hajat malam ni nak tidur awal. yela, prince charming aku nak datang dalam mimpi aku!Heheh...Inilah masalah kalau dok single mingle ni. Dok berangan lebih-lebih.. Eh, tapi korang tahu tak, aku pernahlah jugak baca entri someone yang tuis pasal mimpi. Dia kata, kalau kita tidur, kita mimpikan someone,itu maknanya orang yang dalam mimpi kita tu rindukan kita dan teringat dekat kita. Ye ker?herm, aku mimpi arwah nenek aku...Mungkin dia ingat dan rindu dekat aku atau aku yang rindu sangat dekat makwe. Aku mimpi fil-file dan dokumen-dokumen dekat ofis..Maknanya mereka rindukan aku dan sanggup menghantui tidurku selalu! Ini memang mimpi ngeri!sangat sangat ngeri!

Eh Prince!agak-agak, kau ada tak datang dalam mimpi aku dan ada tak aku datang dalam mimpi kau?Kalau ada baguslah, kita saling teringat dan merindui.Haha! Serius, guwe memang insane dibuatnya. Berangan teruk sangat. Sabarlah poyok, tak payah over sangat sebut prince-price ini. Takde cakap takde. Karang syok sendiri padan muke (=_=)...

Hurm..betul jugak.Bahaya kalau syok sendiri. yela, aku je bah minat Fahrin Ahmad dan kenal dia, dia bukan kenal aku.Syok sendiri aku ni. (Ewwwwwww)...

Walaupun belum ketemu sama pince charming, yela sapa tahu kot-kot kami pernah berhubung ker, tak pernah berhubung ker, pernah kenal ker dan tak pernah kenal ker, pernah berselisih bahu atau pon tak pernah, aku cuma nak bagitahu, aku nak kau tahu prince, dalam sujud aku, aku tak pernah lupa untuk titip doa buat kau. Aku tak tahulah doa aku dah touch hati kau ke belum. Harap-harap dahlah dan harap-harap kau dapat rasa denyut nadi doa aku buat kau..Banyak sangat yang aku doa dan minta pada Allah.Aku mntak agar Allah ampunkan dosa kau, murahkn rezeki kau,pelihara kesihatan dan keselamatan kau walau di mana jua kau berada...Aku juga titipkan doa yang sama buat mama dan ayah kau, adik beradik kau dan keluarga kau yang lain...Dan aku juga berdoa rezeki kita murah agar kita dipertemukan satu masa nanti tak kira cepat atau pun lewat...Amin amin!

Erm.Okaylah kawan-kawan dan Incik blog dan awak, Prince Charming..Asyik repeat prince charming, over aku! Aku dah okay.Nervous dah kurang. Jadi nak stop writing..Nak tidur rehatkan minda....Panjang umur kita ketemu lagi..Oh yer, aku nak buat entri pasal Haircare product yang aku guna!Sebab berkesan, jadi nanti kemudian aku update pasal Haircare products aku pakai..

dah la makin lain isu pulak!
Ngantuk nak tidur
Selamat Malam Dunia...

Sunday, October 26, 2014

MALACCA BAR ANNUAL DINNER PART 2

Sambungan dari part 1, dah tengokkan sebahagian pic, untuk part ini aku akan continue upload pic-pic mereka yang sama-sama terlibat menjayakan majlis makan malam untuk tahun 2014. Enjoy!
























Photo credited to Miss Jessie Koh!

Thank for watching!

MALACCA BAR ANNUAL DINNER 2014 PART 1

Selamat Petang Incik Blog & rakan-rakan follower saya. Rasanya dah lamalah juga saya tak update blog.Maklumlah busy dengan kerja (ayat cliche).. Memang sibuk. Hari-hari saya sibuk dengan kerja yang takkan pernah habis pun. Belum lagi ladi lawyer, baru chambering tapi dah busy. Most of the awyers and judges reminding us that time chambering ni lah time nak grab ilmu dan belaar sebanyak yang mungkin.

Yelah, after nine months bila dah qualified jadi peguam, takkan kita nak kata kita tak tahu apa-apa. Jadi, time chambering ni lah kita nak belajar semua. No spoon fededing from our lawyers, but thank God my lawyers are very very helpful. Banyak yang saya belajar dari mereka especially dalam conveyancing department. Saya dapat peluang belajar banyak ilmu yang lawyer saya sudi curahkan.

Okaylah, berbalik pada entri saya kali ini, pada 18/10/2014, kami menghadiri Malacca Bar Annual Dinner 2014. Well, macam biasanya, chambering students macam kami ini dikerahkan untu membuat persembahan untuk majlis tersebut. Kalau nak tahu, ketiga-tiga persembahan pentas sewaktu majlis makan malam tu kesemuanya budak-budak chambering termasuk saya!Hihihi! Seronok bukan kepalang!! Walaupun penat sebab sebelum event kami semua terpaksa membahagikan masa antara kerja dan latihan untuk persembahan, tapi rasanya kepenatan kami ama-amat berbaloi pabila kami dimaklumkan oleh sesetengah lawyers yang persembahan untuk tahun ni adalah paling baik dari yang sebelumnya.Seriously? Mula-mula memang macam tak percaya tapi bila saya dengar ada lawyer yang bangun dan bertepuk tangan, memang kena jugak percaya!!

Majlis diadakan lepas magrib di mana sesi pendaftaran dan ketibaan tetamu-tetamu jemputan ke majlis kami. Eceh ceh. Time ni fara takde sebab fara tengah prepare untuk persembahan pentas. Well, ada tiga slot persembahan. Itu fara cerita kemudian.

Tahun ni makanan dihidangkan secara bufet. MEmang berbaloilah firm aku bayar RM85 per person. Dapat makan macama-macam. Hihihi..Oh!Lupe nak beritahu yang dinner kam diadakan di Hotel Ramada Plaza, Melaka. Amat-amat puas hati. Makanan yang dihidangkan amat-amat sedap dan banyak. So, time dinner tu, fara tak makan nasi pun cuma amik lauk-pauk yang pelbagai..

Tapi, fara ambil dulu, letak dekat table fara. Yela, nak perform atas pentas, takkan nak makan banyak-banyak.Kejap lagi ada yang pengsan atas pentas. Hehe...Selain persembahan dari kami, ada jugak persmebahan silap mata tak silap fara, live band and persembahan lawak dari pelawak jemputan tak silap fara. Maaflah kalau Fara tersilap sebut.

Sebenarnya fara tak mau tulis banyak, biar gambar-gambar dinner berbicara. Kami ada tiga persembahan.

Persembahan pertama adalah berkaitan tentang Chambering Student's Lfe di mana secara ringkasnya chambering student ni diminta oleh bosnya untuk ke mahkamah memfilekan beberapa dokumen. Namun disebabkan kecuaian dan kealpaan pelajar terbabit, timbul beberapa perselisih fahaman yang membuatkan pelajar itu sussah hati. Yang pasti, kami semua terhibur akan persembahan dariGroup yang pertama ini..

Inilah chambering Student yang dimaksudkan itu

Barisan pelakon

Pelatih dalam kamar yang mewakili pihak Defendan/Plaintif





Yang ni part dalam court


Second Performance- Bollywood Dance- Songs Title were Heropanti & Mauja Hi Mauja




One Malaysian!







Fuh!Meh saya bagitahu, kami ambil masa sebulan lebih untuk praktis bollywood dance!i remember that the last time im dancing was during my secondary school. But who knows, when im started my chambering, i had to perform bollywood dance and thank God i was at behind with my friend, Adeela.. I am not good in dancing but tried to give the best for that dinner.


Last Performance was a theater musical. Ya, aku panggil musikal teater sebab apa hanya background muzik dimainkan dan mereka pun berlakon mengikut alunan muzik yang dimainkan!











group member



Thursday, October 16, 2014

Selamat Petang

Dear Incik Blog,
Hari ni aku menulis lagi.
Tak nak tulis banyak.
Cuma nak kata
YESS!!!!
KErja dah siap!
Wargh!

JOM BALIK!


Wednesday, October 15, 2014

5.20pm

Dear Incik Blog,

Hari ini hari Rabu, bersamaan 15/10/2014 . Aku masih lagi di ofis sambil rehat sekejap. Penat sebenarnya mengadap komputer dari masuk kerja sampai sekarang. Yela, ai kan bukan conveyancing, jadi memang dari Isnin sampai Jumaat masa habis dekat ofis. Mata pun naik tak tentu arah dah ni.

Terasa bosan secara tiba-tiba jadi aku mulalah menulis sedikit. Oh ya, 18 haribulan ni aku ada Annual Dinner untuk laywers, judges, chambering students and yang seangkatan dengan bidang perundangan dan kehakiman ni. Annual dinner untuk negeri Melaka la pulak. Well, kami, selaku student yang tengah chambering ni diwajibkan membuat persembahan masa annual dinner nanti. Well, aku pun tak terkecuali.

Kami dibahagikan kepada tiga groups. Jadi, setiap kumpulan akan buat persembahan yang berbeza. Untuk tahun ni, group aku memilih untuk mempersembahkan "Bollywood Dance"! dan lagi dua groups tu pulak buat sketsa dan ala-ala drama musikal gitu bertemakan Kehidupan Pelatih dalam Kamar dan "Love Story"..PPeewwwwiitt!!!! Memang dah berlatih dah ni. Dah ingat dah step. Thank God aku belah belakang, so taklah orang nampak sangat bila buat performance. Tak dapat nak bayangkan. Last time ai join dancing itupun masa Form 2 dekat sekolah sebab ada buat perasmian apatah. Itu pun aku tak tahulah mcam mana cikgu boleh picked aku pula.KihKihKih......

Dear Blog,

Im worried to much actually about my performance but Thank God all my group members understand my need as a muslim student for the performance especially regarding our attires and movements while on stage later. Kami yang muslim akan mengenakan pakaian yang sememangnya menutup aurat kami serta tiada sebarang adegan sentuh-menyentuh sewaktu menari. Yela, kalau tengok citer Hindustan, kan ada babak-babak romantis gitu. Memang taklah kan nak buat. Haram tetap  Haram. Hopefully persembahan dari group kami membuatkan mereka terhibur menghadiri Annual Dinner.

kejap lagi dah nak balik. Alhamdulillah, hari ni kerja aku dah siap seperti yang aku jadualkan sendiri. So, a bit of lega actually even esok aku tahu masuk je ofis, sudah ada kerja yang menanti. Tapi at least aku dah tahu dah nak handle sebab buat benda yang hampir samakan.

Dear Blog,

Bila aku busy macam ni, rasanya aku hampir berjaya melupakan kenangan-kenangan laluku. Kenangan lapan tahun yang lalu yang hanya tinggal sejarah sahaja. Hurmmmm, Entahlah Incik Blog, aku tak minta ini semua terjadi. Yang berlaku benar-benar berada di luar kawasan dan kawalan aku.... Aku cuma harap Incik Blog, aku okay untuk tempuh masa-masa yang akan mendatang sebab sekarang aku sendiri, berseorangan. Hilang bahu untuk disandarkan......
 Encik Prince, kalau kau baca ni, tah-tah kau marah dan tak suka kot sebab aku teringatkan kisah lama. Ah, sapa pulak Incik Prince aku ni duhai Incik Blog????
Encik Prince nak marah apa. Tah di mana tah siapa dia aku pun tak tahu. Suka-suka je panggil Incik Prince.kahkahkah!

Dear Blog,

Mungkin Incik Prince aku boleh bantu aku hadapi masa hadapan dan mungkin Incik Prince akan jadi bahu untuk aku bersandar.. Tapi di manakah dia Incik Blog, Prince yang aku tunggu???Manakah kamu duhai Incik Prince? Meh kasi pinjam bahu kau dekat aku!

Okaylah encik blog,
dah nak balik..
nanti bersua lagi.....

Saturday, October 11, 2014

DUKA DALAM LUKA

Salam.

Entah kenapa sakit ini datang kembali. Tiada hujung tiada pangkal. Sakit ini mengusik balik luka lama aku. Terasa amat pedih saat ini. Sedang aku berusaha melupakan kesakitan, kekecewaan masa lalu, ia datang semula bagai membawa penyesalan sedangkan aku sudah redha akan apa yang Allah sudah tentukan buat aku, hambaNya yang lemah.

Aku tak tahu. Duka yang aku mulakan dahulu. Sepatutya aku boleh lupakan dengan mudahnya kerna akulah pelaku duka itu. Tapi tidak rupanya. Sakitnya makin bertambah. Puas aku awasi, puasku pujuk rajuk hati ini agar melupakan semua kenanagan lalu aku..

Antara kau dan aku, mungkin sudah tertulis di atas sana yang pertemuan kita sekadar sementara.perkenalan kita sekadar sementara, singkat waktunya. Ya, aku yang memilih untuk mengakhirkan semuanya. Tapi, tapi, tapi kau tahu alasanya dan aku di sini berharap kau redha akan keputusanku dan redha akan ketentuanNya.

Aku tahu dan aku sedar Dia punya alasan terbaik mengapa kita tak disatukan lagi. Mungkin ada yang lagi baik menanti buat kau dan aku..

Aku tak seharusnya mengenangkan kembali kisah kita, kisah masa laluku. Cuma sakit yang bertandang kembali buatku ingin mencoretkan apa yang aku rasa.

perihnya Tuhan saja yang tahu. Entah kenapa sakit sangat rasanya. Pedih sangat jiwa ini. Setelah beberapa bulan berlalu, sakit itu benar-benar mencengkam hati ini. Puas aku usaha untuk melupakannya. Tapi masih sakit. Aku berusaha hilangkan rasa sakit dan duka di dada ini. Mungkin kifarah Tuhan mahu menduga aku.

kadang-kadang aku rasa ahu tinggalkan bumi Melaka ini buat selama-lamanya. Aku rasa mahu pergi jauh kerna aku anggap ini salah satu cara aku hilangkan rasa kacewa ini tapi tetap sakit itu akan menghantui hidupku..

Kadang-kadang rasa menyesal pernah bercinta. Sebab apa? Sebab akhirnya cinta takkan pernah kesampaian. Akhirnya kekecewaan yang kita alami. Tapi lumrah dan fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai dan aku mengaku itu. Tak boleh nak nafikan, semua orang mahu merasa cinta. Ya apa itu cinta, bagaimana cinta boleh merubah semuanya. Kuasa cinta yang amat kuat sampai kita lupa bila cinta berakhir, bila cinta putus di tengah jalan, bahana kecewa lagi parah.

Past is Past. Aku tak salahkan sesiapa. Aku terima ini kehendakNya. Mungkin kita masih mentah lagi untuk memahami makna cinta sebenar. Kadang-kadang malas aku nak fikirkan hal ini Tapi tetap jugak aku terfikirkan hal ini....

Perempuan, lembut sangat jiwanya kan?

Herm......

Tak mengapalah, dari perpisahan ini banyak benda aku belajar. Banyak..sangat-sangat banyak.. Tap Alhamdulillah, semuanya membawa akud ekat pada Penciptaku, Allah yang Maha Esa, Kerna hatiku ini terubat bila aku dekat di sampingNya.. Kerna Dia yang bagi sakit ini dan Dialah juga yang menyembuhkan sakit ini.


Tuesday, October 7, 2014

SUKA, SAYANG, CINTA

Salam. Sudah agak lama aku tak update blog. Dek kesibukan masa dengan chambering, makablog ni makin bertambah habuk sama macam nama blog ni, hehe.

Anyway, hari ni aku nak share sikit tentang suka cinta dan sayang Ya, mungkin perbezaan antara suka, cinta dan sayang. Ermmm,sejakdua menjak ni blog ni dok penuh dengan kesedihan dan kepiluan. Huhu, aku pun tak pasti kenapa. Dah jadi macam part-time diari pulakkan.

Okaylah, tak nak cakap panjang, so mari aku share aku yang aku jumpe. Kot-kot nanti ada yang nak buat semakan ker.hehe

SUKA
adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata, "dia sangat cantik dan menawan."

SAYANG
adalah saat kau melihatnya, kau melihatnya,kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.

CINTA
adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata "buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku."


-Pada saat orang yang kau sukai menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mahu lagi berbicara padanya.
-Pada saat orang yang kau sayangi menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
-Pada saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata, "tak mengapa, dia hanya tak tahu apa    yang   dia lakukan."
-Pada saat kau suka kepadanya, kau akan memaksanya menyukaimu.
-Pada saat kau sayang kepadanya, kau akan membiarkannya untuk memilih.
-Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan sangat tulus.



SUKA
adalah apabila kau akan menemaninya bila itu dirasakan amat menguntungkan.

SAYANG
adalah apabila kau akan menemaninya pada saat dia amat memerlukan.

CINTA
adalah apabila kau akan menemaninya walau di saat bagaimanapun keadaanmu.

SUKA
adalah yang menuntut

SAYANG
adalah hal memberi dan menerima

CINTA adalah hal yang memberi  dengan sepenuh rela.


Okay, ini aku mampu kongsikan. Kalau ditanya padaku aku yang mana satu, aku bukan pemberi jawapan yang terbaik kerna aku sendiri sudah kecundang dan tersungkur dalam alam-alam dan bab-bab percintaan.

Jadi sekarang aku share pada kalian dan diri kalian sendiri adalah penilai terbaik

P/S- Hey future Prince, kau yang mana satu??
        Hihi

Monday, September 1, 2014

Safi Balqis White Trilogy

Asslamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Harap-harap anda sihart-sihat belaka. Rasanya macam dah lama tak mencoretkan sesuatu yang menghiburkan jiwa. Semuanya yang kelam-kelam, yang sedih-sedih, yang mendayu-dayu gitu ala-ala bersyair dan bersajak pun ada.hihi.

Kali ini Farrah punya masa dalam 15 minit sebelum kembali ke dunia kerja.Berlmabak-lambak file yang mennati Farrah..Semuanya ada deadline sendiri. Tapi kenalah buat satu persatu.Kadang-kadang rasa nak quit je chambering sebab tak tahan pressure yang amat-amatlah menekan kepala ni. Oppsss!! Itu bukanlah isu di sini.

Isu di sini kali ini farrah nak buat short-review untuk produk yang Farrah sedang pakai sekarang. produk Safi Balqis White Trilogy.

Gambar sekadar hiasan

Rupa produk Safi itu ada di atas.Farrah rasanya yang itu complete range of them. Buat masa ini, Farrah guna Pencuci muka, Toner, krim siang dan malam, dan krim kontur muka. Tak dilupakn juga krim ibu putih dan krim untuk kecut dan cerahkan parut jerawat untuk hasil yang menggembirakan.

Harga amat-amat berpatutan. Tidaklah begitu mahal dan please people jangan sangka barang murah tidak berkualiti. Farrah buat review pendek sahaja. Tak sempat nak explain detail fungsi-fungsi setiap produk. Ada masa Farrah buat, Insya Allah atau teman-teman boleh "google" cari yer.

Farrah baru pakai sebulan dan apa yang boleh Farrah katakan setakat ini sehingga hari ini, oklah not bad. Jerawat yang bertepek-tepek dekat atas dahi, tepi pipi kiri dan kanan Farrah yang gebuusszz ini sudah berkurangan. Jerawat still adalah tapi tidaklah besar-besar macam dahulu. Jerawat halus. Muka nak flawless memang taklah kan. setakat kembali putih macam dulu, Alhamdulillah.

Farrah bangun pagi tengok cermin, senyum je sebab muka dah pulih balik dari jerawat yang bukan main bercambah pertumbuhannya. Maklumlah, kulit muka ini mengada-ngada, sensitif pun iye jugak.

Ok, krim siang dan krim malam Safi tidak memedihkan kulit Farrah. Setakat ini Farrah pakai kulit boleh terima, tiada naik ruam atau kemerah-merahan. Baunya pun aman dan wangi. Farrah suka. Plus, kalau korang nak hasil yang best, mixkan krim malam yang nak disapu dekat muka tu dengan pati ibu putih.memang membantu sesi pencerahan kulit wajah kalian.

Owh, tak dilupakan serum safi. Farrah belum kesempatan nak pergi. tapi, kalau ikut pengalaman sebelum ni, serum juga amat bagus untuk wajah kerana serum membantu mempercepatkan proses penyerapan krim dekat muka kita supaya muka kita makin bertambah-tambah baik dan cantik. Maaf kalau Farrah silap.

Kata short reviwe, tapi menceceh panjang pulak. So, Farrah akan update lagi produk ni bila Farrah dah pakai lebih dari dua bulan supaya keberkesanannya lagi kelihatan.

Setakat ini, Farrah bagi 9/10 dekat produk ni because suits dengan kulit Farrah plus Farrah saving banyak duit poket.hehe....





Sunday, July 13, 2014

Salahkah aku
Meluahkan apa yang aku rasa di sini..........
Salahkah
Keterlaluankah aku....................

Sunday, June 15, 2014

Tiada Kata Tiada Bicara

Diam
Senyap
Sepi

Perkataan yang mengundang pelbagai makna. Ada yang diam kerana kebaikan. Ada yang diam kerana tiada apa yang ingin diungkapkan.

Jika kau berdiam, aku turut berdiam.
Kerna aku tidak mengerti apakah punca pendiaman itu.
Yangku tahu kaku mula melanda memenuhi sejenak ruang hati ini.
Mungkin kaku buat sementara.
Mungkin juga kaku buat selamanya.

Semua orang meminta jawapan daripada setiap kesepian yang melanda.
Entah apa yang didiamkan, aku tidak pasti.
Aku cuba pikir, aku cuba mencari jawapan.
Tatkala hati berdolak-dalik
Tatkala hati tiada jawapan
Tatkala hati turut membisu
Satu jawapan tiada yang timbul
Tiada satu jawapan yang mampu aku temui bagi memecahkan kesepian ini.

Ya
Itu hak engkau untuk berdiam
Dan
Ini hak aku juga untuk turut berdiam

Kadang-kadang
Dalam penyepian, dalam diam ini
Banyak jawapan yang kita mampu temui.
Pelbagai kisah kita dapat coretkan
Pelbagai adegan dapat kita saksikan
Yang baik itu datang dari Allah
Yang kurang baik itu datang dari diri kita sendiri

Tidak pernah terlintas untuk menyalahkan sesiapa dalam pendiaman ini
Walauku cuba lantunkan khayalanku
Aku sekatkan ia
Kerna kutakut khayalanku merentas jauh keluar bertebaran dari minda yang waras ini
Kukenangkan nasib
Kukenangkan semua
Kurenungkan setiap apa yang terjadi pada masa kini
Kureneungkan setiap apa yang pernah terjadi pada masa lalu
Kuhanya mampu menangis sendirian
Kuhanya mampu diam sendirian

Terlalu banyak benda yang tak dapatku rungkaikan
Aku begitu hina
Aku begitu angkuh
Aku begitu lupa diri
Aku lupa Dia yang di atas sana
Sentiasa memerhati gerak geriku
Sedangkan aku
lupa akan gerak geri Dia

Sudahku sedar dari lamunan ini
Sudahku sedar dari khayalan ini
Jujurku katakan,
Diriku selesa keadaan begini
Diriku tenang begini
diriku aman begini
menikmati limpah rahmatNya yang banyak sekali
Yang sudah banyak aku bazirkn ia
yang sudah banyak aku biarkan ia pergi menjauh dari hidupku

Aku selesa begini
Tiada benda banyak ku harus pikirkan
Walau hati merintih perih
Aku tetap memilih cara begini
Bersendirian menongkah arus kehidupan

Tidak dapat kupastikan bagaimana aku akan corakkan masa depanku
Mungkin penuh bahagia
Atau mungkin penuh derita

Yang pasti ku cari bahagia
Yang pasti ku cari gembira
Yang pasti ku mencari KEREDHAAN ILAHI

Siapalah aku untuk menidakkan keputusanNYA

Berkat doaku padaNya
Dengan segala petunjuk dariNya
Dengan keihhlasan hati berdoa memohon jalan dan keputusan dariNya yang Maha Esa

Dan sekarang
Aku redha dengan ketentuannya
Aku redha meniti kehidupan ini
Kusedar kebergantunganku pada keluargaku
melemahkan aku untuk meneruskan langkah ini
Tapi aku pasti
Kini langkahku kuat
menongkah halangan di hadapan
Kukuatkan azam untuk hadapi semua ini
Sampai satu saat aku temui
Jawapan dalam ini semua

Bukan niatku untuk kecewakan semua orang
Cuma kesepian yang melanda
memberiku ruang
untuk aku lakukan apa yang terbaik aku anggap dalam hidupku
Aku mengerti sekarang
Aku tahu kali ini
aku berharap
dengan keputusan dari semua yang aku sayangi
Aku harap apa yang aku temui adalah benar-benar belaka.................





Saturday, June 7, 2014

Hati Lalai

Panas langit di luar
Panas lagi hati di dalam
Kumerenung Langsir biru berlapikkan coklat
Langsir kitar semula buat menutup tingkap dari ditembak cahaya mentari.

Entah kenapa
kurasakan hidup ini pendek
Hidup ini singkat
Kadang-kadang kurasakan pula hidup ini panjang
Maka bilaku rasa begitu, mudah sahaja aku berbuat dosa pada sekalian alam ini
Sama ada aku sedar apa yang aku lakukan itu dosa ataupun tidak, kupejamkan sahaja mata
Kerna kuanggap aku punya masa yang panjang untuk hidup
Punya waktu banyak sekali
Bila nak taubat, aku taubatlah
Sebab apa?
Sebabku rasa umurku panjang sangat...
Ya,sangat-sangat panjang!

Tapi, hati kecilku ini memberontak
Melawan arus titik jahat yang mahu mengorak langkah beribu batu mahu mencipta sejarah dosa dalam hidup!
Ya, hati ini memberontak kuat
Hampir sahaja mahu pecah cermin hati menahan gelombang-gelombang niat-niat jahat yang cuba dia bisikkan!

 "Apalah guna kau hidup kalau kau tak mahu mencuba semuanya?Kau masih muda, umur kau masih panjang, ayuh lakukan semuanya.Jangan takut, aku ada ni!" Guman hati jahatnya.

Hati baiknya merintih pedih, "Jangan pernah kau lakukan kerna matlamat tak menghalalkan cara.Mana pergi doa-doamu,mana pergi amal baikmu yang selama ini menjaga kau.Mana pergi imanmu pada Yang Esa.Sedarlah teman, hidup kau singkat,kau tahu mati itu pasti bukan?Tidakkah kau takut tatkala kau berbuat dosa, nyawamu disentap Izrael tanpa sempat kau bertaubat memohon ampun padaNya?'

Ya!
Sesungguhnya hati baik ini menyedarkan aku yang lama dibuai arus angan-angan yang kosong semata.
Ya!
Aku punya Tuhan yang Maha Kuasa
Yang mentadbir semuanya di dunia ini
Ya!
Aku hampir menyalahgunakan apa yang aku ada

Terduduk aku
Bersimpuh mengadapnya
Dengan rasa amat hina sekali ekrna hampir saja mahu berbuat dosa
Sedangkan hati kecil menentang keras niatku ini
Aku lupa yang Mati itu PASTI
Aku lupa yang Masyhar itu WUJUD
Aku lupa yang aku akan DIHISAB di sana nanti
Aku lupa atau buat-buat lupa yang Allah NAMPAK akan apa yang aku kerjakan...............

Ya Rabb,
Hidup aku dulu
Penuh dengan dosa-dosa lalu juga dosa-dosa sekarang
Hanya kupinta Kau ampunkan semuanya
kau terimalah semua amal kebaikan yang aku lakukan
Ikhlaskan hatiku dalam setiap ibadahku
Biarlah semuanya hanya kerana Kau Ya Allah
Tuhan Yang Esa.