PLEASE CLICK ME!

Monday, September 1, 2014

Safi Balqis White Trilogy

Asslamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Harap-harap anda sihart-sihat belaka. Rasanya macam dah lama tak mencoretkan sesuatu yang menghiburkan jiwa. Semuanya yang kelam-kelam, yang sedih-sedih, yang mendayu-dayu gitu ala-ala bersyair dan bersajak pun ada.hihi.

Kali ini Farrah punya masa dalam 15 minit sebelum kembali ke dunia kerja.Berlmabak-lambak file yang mennati Farrah..Semuanya ada deadline sendiri. Tapi kenalah buat satu persatu.Kadang-kadang rasa nak quit je chambering sebab tak tahan pressure yang amat-amatlah menekan kepala ni. Oppsss!! Itu bukanlah isu di sini.

Isu di sini kali ini farrah nak buat short-review untuk produk yang Farrah sedang pakai sekarang. produk Safi Balqis White Trilogy.

Gambar sekadar hiasan

Rupa produk Safi itu ada di atas.Farrah rasanya yang itu complete range of them. Buat masa ini, Farrah guna Pencuci muka, Toner, krim siang dan malam, dan krim kontur muka. Tak dilupakn juga krim ibu putih dan krim untuk kecut dan cerahkan parut jerawat untuk hasil yang menggembirakan.

Harga amat-amat berpatutan. Tidaklah begitu mahal dan please people jangan sangka barang murah tidak berkualiti. Farrah buat review pendek sahaja. Tak sempat nak explain detail fungsi-fungsi setiap produk. Ada masa Farrah buat, Insya Allah atau teman-teman boleh "google" cari yer.

Farrah baru pakai sebulan dan apa yang boleh Farrah katakan setakat ini sehingga hari ini, oklah not bad. Jerawat yang bertepek-tepek dekat atas dahi, tepi pipi kiri dan kanan Farrah yang gebuusszz ini sudah berkurangan. Jerawat still adalah tapi tidaklah besar-besar macam dahulu. Jerawat halus. Muka nak flawless memang taklah kan. setakat kembali putih macam dulu, Alhamdulillah.

Farrah bangun pagi tengok cermin, senyum je sebab muka dah pulih balik dari jerawat yang bukan main bercambah pertumbuhannya. Maklumlah, kulit muka ini mengada-ngada, sensitif pun iye jugak.

Ok, krim siang dan krim malam Safi tidak memedihkan kulit Farrah. Setakat ini Farrah pakai kulit boleh terima, tiada naik ruam atau kemerah-merahan. Baunya pun aman dan wangi. Farrah suka. Plus, kalau korang nak hasil yang best, mixkan krim malam yang nak disapu dekat muka tu dengan pati ibu putih.memang membantu sesi pencerahan kulit wajah kalian.

Owh, tak dilupakan serum safi. Farrah belum kesempatan nak pergi. tapi, kalau ikut pengalaman sebelum ni, serum juga amat bagus untuk wajah kerana serum membantu mempercepatkan proses penyerapan krim dekat muka kita supaya muka kita makin bertambah-tambah baik dan cantik. Maaf kalau Farrah silap.

Kata short reviwe, tapi menceceh panjang pulak. So, Farrah akan update lagi produk ni bila Farrah dah pakai lebih dari dua bulan supaya keberkesanannya lagi kelihatan.

Setakat ini, Farrah bagi 9/10 dekat produk ni because suits dengan kulit Farrah plus Farrah saving banyak duit poket.hehe....