zwani.com myspace graphic comments

PLEASE CLICK ME!

Saturday, June 7, 2014

Hati Lalai

Panas langit di luar
Panas lagi hati di dalam
Kumerenung Langsir biru berlapikkan coklat
Langsir kitar semula buat menutup tingkap dari ditembak cahaya mentari.

Entah kenapa
kurasakan hidup ini pendek
Hidup ini singkat
Kadang-kadang kurasakan pula hidup ini panjang
Maka bilaku rasa begitu, mudah sahaja aku berbuat dosa pada sekalian alam ini
Sama ada aku sedar apa yang aku lakukan itu dosa ataupun tidak, kupejamkan sahaja mata
Kerna kuanggap aku punya masa yang panjang untuk hidup
Punya waktu banyak sekali
Bila nak taubat, aku taubatlah
Sebab apa?
Sebabku rasa umurku panjang sangat...
Ya,sangat-sangat panjang!

Tapi, hati kecilku ini memberontak
Melawan arus titik jahat yang mahu mengorak langkah beribu batu mahu mencipta sejarah dosa dalam hidup!
Ya, hati ini memberontak kuat
Hampir sahaja mahu pecah cermin hati menahan gelombang-gelombang niat-niat jahat yang cuba dia bisikkan!

 "Apalah guna kau hidup kalau kau tak mahu mencuba semuanya?Kau masih muda, umur kau masih panjang, ayuh lakukan semuanya.Jangan takut, aku ada ni!" Guman hati jahatnya.

Hati baiknya merintih pedih, "Jangan pernah kau lakukan kerna matlamat tak menghalalkan cara.Mana pergi doa-doamu,mana pergi amal baikmu yang selama ini menjaga kau.Mana pergi imanmu pada Yang Esa.Sedarlah teman, hidup kau singkat,kau tahu mati itu pasti bukan?Tidakkah kau takut tatkala kau berbuat dosa, nyawamu disentap Izrael tanpa sempat kau bertaubat memohon ampun padaNya?'

Ya!
Sesungguhnya hati baik ini menyedarkan aku yang lama dibuai arus angan-angan yang kosong semata.
Ya!
Aku punya Tuhan yang Maha Kuasa
Yang mentadbir semuanya di dunia ini
Ya!
Aku hampir menyalahgunakan apa yang aku ada

Terduduk aku
Bersimpuh mengadapnya
Dengan rasa amat hina sekali ekrna hampir saja mahu berbuat dosa
Sedangkan hati kecil menentang keras niatku ini
Aku lupa yang Mati itu PASTI
Aku lupa yang Masyhar itu WUJUD
Aku lupa yang aku akan DIHISAB di sana nanti
Aku lupa atau buat-buat lupa yang Allah NAMPAK akan apa yang aku kerjakan...............

Ya Rabb,
Hidup aku dulu
Penuh dengan dosa-dosa lalu juga dosa-dosa sekarang
Hanya kupinta Kau ampunkan semuanya
kau terimalah semua amal kebaikan yang aku lakukan
Ikhlaskan hatiku dalam setiap ibadahku
Biarlah semuanya hanya kerana Kau Ya Allah
Tuhan Yang Esa.



No comments:

Post a Comment