zwani.com myspace graphic comments

PLEASE CLICK ME!

Monday, September 1, 2014

Safi Balqis White Trilogy

Asslamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Harap-harap anda sihart-sihat belaka. Rasanya macam dah lama tak mencoretkan sesuatu yang menghiburkan jiwa. Semuanya yang kelam-kelam, yang sedih-sedih, yang mendayu-dayu gitu ala-ala bersyair dan bersajak pun ada.hihi.

Kali ini Farrah punya masa dalam 15 minit sebelum kembali ke dunia kerja.Berlmabak-lambak file yang mennati Farrah..Semuanya ada deadline sendiri. Tapi kenalah buat satu persatu.Kadang-kadang rasa nak quit je chambering sebab tak tahan pressure yang amat-amatlah menekan kepala ni. Oppsss!! Itu bukanlah isu di sini.

Isu di sini kali ini farrah nak buat short-review untuk produk yang Farrah sedang pakai sekarang. produk Safi Balqis White Trilogy.

Gambar sekadar hiasan

Rupa produk Safi itu ada di atas.Farrah rasanya yang itu complete range of them. Buat masa ini, Farrah guna Pencuci muka, Toner, krim siang dan malam, dan krim kontur muka. Tak dilupakn juga krim ibu putih dan krim untuk kecut dan cerahkan parut jerawat untuk hasil yang menggembirakan.

Harga amat-amat berpatutan. Tidaklah begitu mahal dan please people jangan sangka barang murah tidak berkualiti. Farrah buat review pendek sahaja. Tak sempat nak explain detail fungsi-fungsi setiap produk. Ada masa Farrah buat, Insya Allah atau teman-teman boleh "google" cari yer.

Farrah baru pakai sebulan dan apa yang boleh Farrah katakan setakat ini sehingga hari ini, oklah not bad. Jerawat yang bertepek-tepek dekat atas dahi, tepi pipi kiri dan kanan Farrah yang gebuusszz ini sudah berkurangan. Jerawat still adalah tapi tidaklah besar-besar macam dahulu. Jerawat halus. Muka nak flawless memang taklah kan. setakat kembali putih macam dulu, Alhamdulillah.

Farrah bangun pagi tengok cermin, senyum je sebab muka dah pulih balik dari jerawat yang bukan main bercambah pertumbuhannya. Maklumlah, kulit muka ini mengada-ngada, sensitif pun iye jugak.

Ok, krim siang dan krim malam Safi tidak memedihkan kulit Farrah. Setakat ini Farrah pakai kulit boleh terima, tiada naik ruam atau kemerah-merahan. Baunya pun aman dan wangi. Farrah suka. Plus, kalau korang nak hasil yang best, mixkan krim malam yang nak disapu dekat muka tu dengan pati ibu putih.memang membantu sesi pencerahan kulit wajah kalian.

Owh, tak dilupakan serum safi. Farrah belum kesempatan nak pergi. tapi, kalau ikut pengalaman sebelum ni, serum juga amat bagus untuk wajah kerana serum membantu mempercepatkan proses penyerapan krim dekat muka kita supaya muka kita makin bertambah-tambah baik dan cantik. Maaf kalau Farrah silap.

Kata short reviwe, tapi menceceh panjang pulak. So, Farrah akan update lagi produk ni bila Farrah dah pakai lebih dari dua bulan supaya keberkesanannya lagi kelihatan.

Setakat ini, Farrah bagi 9/10 dekat produk ni because suits dengan kulit Farrah plus Farrah saving banyak duit poket.hehe....





Sunday, July 13, 2014

Salahkah aku
Meluahkan apa yang aku rasa di sini..........
Salahkah
Keterlaluankah aku....................

Sunday, June 15, 2014

Tiada Kata Tiada Bicara

Diam
Senyap
Sepi

Perkataan yang mengundang pelbagai makna. Ada yang diam kerana kebaikan. Ada yang diam kerana tiada apa yang ingin diungkapkan.

Jika kau berdiam, aku turut berdiam.
Kerna aku tidak mengerti apakah punca pendiaman itu.
Yangku tahu kaku mula melanda memenuhi sejenak ruang hati ini.
Mungkin kaku buat sementara.
Mungkin juga kaku buat selamanya.

Semua orang meminta jawapan daripada setiap kesepian yang melanda.
Entah apa yang didiamkan, aku tidak pasti.
Aku cuba pikir, aku cuba mencari jawapan.
Tatkala hati berdolak-dalik
Tatkala hati tiada jawapan
Tatkala hati turut membisu
Satu jawapan tiada yang timbul
Tiada satu jawapan yang mampu aku temui bagi memecahkan kesepian ini.

Ya
Itu hak engkau untuk berdiam
Dan
Ini hak aku juga untuk turut berdiam

Kadang-kadang
Dalam penyepian, dalam diam ini
Banyak jawapan yang kita mampu temui.
Pelbagai kisah kita dapat coretkan
Pelbagai adegan dapat kita saksikan
Yang baik itu datang dari Allah
Yang kurang baik itu datang dari diri kita sendiri

Tidak pernah terlintas untuk menyalahkan sesiapa dalam pendiaman ini
Walauku cuba lantunkan khayalanku
Aku sekatkan ia
Kerna kutakut khayalanku merentas jauh keluar bertebaran dari minda yang waras ini
Kukenangkan nasib
Kukenangkan semua
Kurenungkan setiap apa yang terjadi pada masa kini
Kureneungkan setiap apa yang pernah terjadi pada masa lalu
Kuhanya mampu menangis sendirian
Kuhanya mampu diam sendirian

Terlalu banyak benda yang tak dapatku rungkaikan
Aku begitu hina
Aku begitu angkuh
Aku begitu lupa diri
Aku lupa Dia yang di atas sana
Sentiasa memerhati gerak geriku
Sedangkan aku
lupa akan gerak geri Dia

Sudahku sedar dari lamunan ini
Sudahku sedar dari khayalan ini
Jujurku katakan,
Diriku selesa keadaan begini
Diriku tenang begini
diriku aman begini
menikmati limpah rahmatNya yang banyak sekali
Yang sudah banyak aku bazirkn ia
yang sudah banyak aku biarkan ia pergi menjauh dari hidupku

Aku selesa begini
Tiada benda banyak ku harus pikirkan
Walau hati merintih perih
Aku tetap memilih cara begini
Bersendirian menongkah arus kehidupan

Tidak dapat kupastikan bagaimana aku akan corakkan masa depanku
Mungkin penuh bahagia
Atau mungkin penuh derita

Yang pasti ku cari bahagia
Yang pasti ku cari gembira
Yang pasti ku mencari KEREDHAAN ILAHI

Siapalah aku untuk menidakkan keputusanNYA

Berkat doaku padaNya
Dengan segala petunjuk dariNya
Dengan keihhlasan hati berdoa memohon jalan dan keputusan dariNya yang Maha Esa

Dan sekarang
Aku redha dengan ketentuannya
Aku redha meniti kehidupan ini
Kusedar kebergantunganku pada keluargaku
melemahkan aku untuk meneruskan langkah ini
Tapi aku pasti
Kini langkahku kuat
menongkah halangan di hadapan
Kukuatkan azam untuk hadapi semua ini
Sampai satu saat aku temui
Jawapan dalam ini semua

Bukan niatku untuk kecewakan semua orang
Cuma kesepian yang melanda
memberiku ruang
untuk aku lakukan apa yang terbaik aku anggap dalam hidupku
Aku mengerti sekarang
Aku tahu kali ini
aku berharap
dengan keputusan dari semua yang aku sayangi
Aku harap apa yang aku temui adalah benar-benar belaka.................





Saturday, June 7, 2014

Hati Lalai

Panas langit di luar
Panas lagi hati di dalam
Kumerenung Langsir biru berlapikkan coklat
Langsir kitar semula buat menutup tingkap dari ditembak cahaya mentari.

Entah kenapa
kurasakan hidup ini pendek
Hidup ini singkat
Kadang-kadang kurasakan pula hidup ini panjang
Maka bilaku rasa begitu, mudah sahaja aku berbuat dosa pada sekalian alam ini
Sama ada aku sedar apa yang aku lakukan itu dosa ataupun tidak, kupejamkan sahaja mata
Kerna kuanggap aku punya masa yang panjang untuk hidup
Punya waktu banyak sekali
Bila nak taubat, aku taubatlah
Sebab apa?
Sebabku rasa umurku panjang sangat...
Ya,sangat-sangat panjang!

Tapi, hati kecilku ini memberontak
Melawan arus titik jahat yang mahu mengorak langkah beribu batu mahu mencipta sejarah dosa dalam hidup!
Ya, hati ini memberontak kuat
Hampir sahaja mahu pecah cermin hati menahan gelombang-gelombang niat-niat jahat yang cuba dia bisikkan!

 "Apalah guna kau hidup kalau kau tak mahu mencuba semuanya?Kau masih muda, umur kau masih panjang, ayuh lakukan semuanya.Jangan takut, aku ada ni!" Guman hati jahatnya.

Hati baiknya merintih pedih, "Jangan pernah kau lakukan kerna matlamat tak menghalalkan cara.Mana pergi doa-doamu,mana pergi amal baikmu yang selama ini menjaga kau.Mana pergi imanmu pada Yang Esa.Sedarlah teman, hidup kau singkat,kau tahu mati itu pasti bukan?Tidakkah kau takut tatkala kau berbuat dosa, nyawamu disentap Izrael tanpa sempat kau bertaubat memohon ampun padaNya?'

Ya!
Sesungguhnya hati baik ini menyedarkan aku yang lama dibuai arus angan-angan yang kosong semata.
Ya!
Aku punya Tuhan yang Maha Kuasa
Yang mentadbir semuanya di dunia ini
Ya!
Aku hampir menyalahgunakan apa yang aku ada

Terduduk aku
Bersimpuh mengadapnya
Dengan rasa amat hina sekali ekrna hampir saja mahu berbuat dosa
Sedangkan hati kecil menentang keras niatku ini
Aku lupa yang Mati itu PASTI
Aku lupa yang Masyhar itu WUJUD
Aku lupa yang aku akan DIHISAB di sana nanti
Aku lupa atau buat-buat lupa yang Allah NAMPAK akan apa yang aku kerjakan...............

Ya Rabb,
Hidup aku dulu
Penuh dengan dosa-dosa lalu juga dosa-dosa sekarang
Hanya kupinta Kau ampunkan semuanya
kau terimalah semua amal kebaikan yang aku lakukan
Ikhlaskan hatiku dalam setiap ibadahku
Biarlah semuanya hanya kerana Kau Ya Allah
Tuhan Yang Esa.



Saturday, June 1, 2013

TAMAT SUDAH BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM...........
Alhamdulillah..akhirnya
saya dan rakan-rakan ynag lain telah pun selamat menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang(Kepujian) di Multimedia Universiti Kampus Melaka.....
Gembira haaakkkuuuu!!! Haku na Ma Ta Ta !!!

Eccceehhhhh........

leganya....sekarang  ni tanam anggur lagi dekat rumah..
lima tahun saya tempuh suka duka, pahit maung semuanya!!!!

akhirnya sah abis belajar..berkat doa mama dan ayah aku n adik-adik aku...
n im gonna miss my mmu law school friends! sob sob sob..
sebahagian daripada budak-budak kelas saya!sume happy da tamat belajar!yeeaaayyyyyhh!!!!!!

akak anis
tapi yg pasti..saya akan rindu akak kat atas ni T_T
she is just like my assistant lecturer.she always guided me during my studies..how i miss her..
akak!aku harap kaw tak lupe kat aku tau bile kau dah jadi peguam nanti!muaaahhhhaaa!!!!!!!

dah.tak nak post pape.
hehehe
'MALAS'

Monday, February 18, 2013

ADAM dan Hawa vs Sehangat Asmara?Mana satu nak tengok!!!!!!!

Assalamualaikum semua!!!!!!!!hehehehe!!!ada ke yang baca entri saya ni?tak de tapelah~
okay!okay!!!!tamo cakap banyak!!!!!!!!!!
nanti bosan!

cer tengok title entriku itu???
ADAM dan Hawa vs Sehangat Asmara
sekarang ni yang tengah hangat ditayangkan adalah Sehangat Asmara lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini!

tu dia!mana satu kowang nak?
menarik tak?oklah pada adik-adik yang tak tahu..sapa sapa yang tak tahu drama ni adaptasi dari novel gempak seyh! Sehangat Asmara!!karya Aisya Sofea!beb she is my fevret novelis u olllss!!!memang best karaya-karaya kak aisya sofea...lenggok bahasa...lenggok watak dan gayanya mengasyikkan..


tahu tak novel ni kisahnya macam mane???meh saya tulis sini sinopsisnya---------------->>>

"Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.

Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka."


nilah sinopsisnya...copycat kat ternet.hehehee.farra da banyak kali baca novel ni...lebih 5 kali kot..wuhuhuhuu!!yang buatkan afrra nak keep repeating reading this novel adalah kerana wataknya...Zainal Arief peguam!hehehe!yooo ooohh jerk!!
mentang-mentang farra belajar undang-undang...nak jugak!

nah HAMIK!heeehehhhhhh
by the way..dramanya tak mengecewakan!memang best!!pelakon pun best-best belaka..tak tahu nk komen macam mana..farrra tak tengok kat tv sebaba tak langgan mustika hd..so just tengok online kat dailymotion.com

kawan-kawan yang takde mustika hd, leh lah tengok drama tu..tak rugi.......hehehheheee


now we move on to drama adaptasi novvel kak aisya sofea jugak...Adam dan Hawa




tak terlambat lagi nak komenkan.hehehehe
well,
mintak maaf...tak tahu asal jadi macam tu pulak ayat kat atas...malas nak betulkan.hehehee 
oklah..novel ni pun menarik..novel lagi best kot daripada drama.hehhee.well
farra tak layna drama adam dan hawa pun sebab takde mustika hd..so layan online jelah...ni pun baru nak alayn..lagipun dah layan novel..malas lak nak layan tv nyer.hhehhhehee




tu dia novel adam dan hawa..
memang karya Aisya Sofea menarik-menarik belaka...
owhhhh!!
sebelum  terlupa..lagi satu karya kak aisya sofea
Kau Untukku!
ha yang ni ada movie dia.lakonan Remy Ishak dan Dira Abu Zahar.

pun best jugak..hehehe
malas lak nak upload..lambat internet ni.


farra tak tahu nak tengok mana ni.tapai layan sehangat asmara dululah sebab watak-watak lagi menarikkan...
lagi layan..
hihihihi