zwani.com myspace graphic comments

PLEASE CLICK ME!

Sunday, June 15, 2014

Tiada Kata Tiada Bicara

Diam
Senyap
Sepi

Perkataan yang mengundang pelbagai makna. Ada yang diam kerana kebaikan. Ada yang diam kerana tiada apa yang ingin diungkapkan.

Jika kau berdiam, aku turut berdiam.
Kerna aku tidak mengerti apakah punca pendiaman itu.
Yangku tahu kaku mula melanda memenuhi sejenak ruang hati ini.
Mungkin kaku buat sementara.
Mungkin juga kaku buat selamanya.

Semua orang meminta jawapan daripada setiap kesepian yang melanda.
Entah apa yang didiamkan, aku tidak pasti.
Aku cuba pikir, aku cuba mencari jawapan.
Tatkala hati berdolak-dalik
Tatkala hati tiada jawapan
Tatkala hati turut membisu
Satu jawapan tiada yang timbul
Tiada satu jawapan yang mampu aku temui bagi memecahkan kesepian ini.

Ya
Itu hak engkau untuk berdiam
Dan
Ini hak aku juga untuk turut berdiam

Kadang-kadang
Dalam penyepian, dalam diam ini
Banyak jawapan yang kita mampu temui.
Pelbagai kisah kita dapat coretkan
Pelbagai adegan dapat kita saksikan
Yang baik itu datang dari Allah
Yang kurang baik itu datang dari diri kita sendiri

Tidak pernah terlintas untuk menyalahkan sesiapa dalam pendiaman ini
Walauku cuba lantunkan khayalanku
Aku sekatkan ia
Kerna kutakut khayalanku merentas jauh keluar bertebaran dari minda yang waras ini
Kukenangkan nasib
Kukenangkan semua
Kurenungkan setiap apa yang terjadi pada masa kini
Kureneungkan setiap apa yang pernah terjadi pada masa lalu
Kuhanya mampu menangis sendirian
Kuhanya mampu diam sendirian

Terlalu banyak benda yang tak dapatku rungkaikan
Aku begitu hina
Aku begitu angkuh
Aku begitu lupa diri
Aku lupa Dia yang di atas sana
Sentiasa memerhati gerak geriku
Sedangkan aku
lupa akan gerak geri Dia

Sudahku sedar dari lamunan ini
Sudahku sedar dari khayalan ini
Jujurku katakan,
Diriku selesa keadaan begini
Diriku tenang begini
diriku aman begini
menikmati limpah rahmatNya yang banyak sekali
Yang sudah banyak aku bazirkn ia
yang sudah banyak aku biarkan ia pergi menjauh dari hidupku

Aku selesa begini
Tiada benda banyak ku harus pikirkan
Walau hati merintih perih
Aku tetap memilih cara begini
Bersendirian menongkah arus kehidupan

Tidak dapat kupastikan bagaimana aku akan corakkan masa depanku
Mungkin penuh bahagia
Atau mungkin penuh derita

Yang pasti ku cari bahagia
Yang pasti ku cari gembira
Yang pasti ku mencari KEREDHAAN ILAHI

Siapalah aku untuk menidakkan keputusanNYA

Berkat doaku padaNya
Dengan segala petunjuk dariNya
Dengan keihhlasan hati berdoa memohon jalan dan keputusan dariNya yang Maha Esa

Dan sekarang
Aku redha dengan ketentuannya
Aku redha meniti kehidupan ini
Kusedar kebergantunganku pada keluargaku
melemahkan aku untuk meneruskan langkah ini
Tapi aku pasti
Kini langkahku kuat
menongkah halangan di hadapan
Kukuatkan azam untuk hadapi semua ini
Sampai satu saat aku temui
Jawapan dalam ini semua

Bukan niatku untuk kecewakan semua orang
Cuma kesepian yang melanda
memberiku ruang
untuk aku lakukan apa yang terbaik aku anggap dalam hidupku
Aku mengerti sekarang
Aku tahu kali ini
aku berharap
dengan keputusan dari semua yang aku sayangi
Aku harap apa yang aku temui adalah benar-benar belaka.................





No comments:

Post a Comment