PLEASE CLICK ME!

Tuesday, October 28, 2014

Dock Brief oh Dock Brief!

Assalamualaikum Incik Blog, rakan-rakan dan awak, Prince Charming saya! (eceh ceh, saja kasi gimik, bajet adalah sangat prince Chhhaarming)

Apa khabar?Sihat ke?Alhamdulillah sihat. Fuh, aku tak ingat bila last aku mengupdate entri terbaru. Yang pasti pasal Dinner kan. Hari Incik blog, aku tak busy di malam hari.Baju sudah kukutip basuh, juga yang dah kering sudah kusiap lipat. Al-Quran sudahku baca, Alhamdulillah. Surah An-Nisa sampai ayat 45. Solat wajib sudahku kerjakan, lima waktu semuanya. Alhamdulillah.

Semua ni penawar buat hatiku. Erm, cer tengok tajuk entri tu?Dock brief?Apakah?Erm, kot-kot ada yang rajin singgah baca mesti tanye apa tu Dock Brief??Kalau budak-budak Law macam aku mungkin dan pasti tahu apakah itu.

Meh aku ringkaskan. Sebenarnya esok kan Incik blog, aku ada duty dekat court. Turn aku pulak Dock Brief bulan ini. Kiranya macam ni, pagi-pagi nanti pergilah aku ke mahkamah, lalu pergilah ke mahkamah majistret dan rakan-rakanku yang dah pergi berpesan padaku, "fara kat court nanti dah kat court tanya semua, jurubahasa, polis, dpp tanya da tak yang nak mengaku bersalah?Kalau ada, keluarkan pen dan kertas dan catat apa yang patut dari pihak OKT (orang yang kena tuduh), buat rayuan bai pihak beliau.."

Macam tulah lebih kurang. Kiranya nanti aku, selaku PDK(Pelatih Dalam Kamar) akan mewakili OKT untuk buat rayuan jika dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan kepadanya. Dock Brief ini amatlah penting. Kau tahu kenapa?Kau kan future lawyer, jadi kalau kau tak pernah buat dock brief, macam mana kau nak pergi mahkamah and fight for your case????Well said, keberanian dan knowledge mesti ada. Tak boleh memandai-mandai!Faham!

Tapi aku nervous sangat-sangat. Yela, walaupun ni kali kedua kau buat Dock Brief (DB), tapi kali pertama Db tak pernah dapat kes pun. And kali pertama, ada kawan aku, Adeela temankan. Tapi esok aku kena pergi seorang diri. BERSEORANGAN meniti kehidupan..Eceh Eceh! Yela, bukan apa, actually aku ni dok kerja belakang tabir jer!Muahahah! Faham ke tak? HAisyh, nak kena explain lagi...Maksud aku, aku dah dekat lima bulan chabering mana pergi court.Baru sekali dua pergi. Al-maklumlah, aku kan buat conveyancing ni, jadi demi mempertajamkan dan memperkuatkan ilmu-ilmu conveyancing dan demi hasratku yang mana menjadi conveyancing lawyer, jasi aku dengan tamaknya belajar pnveyancing dari mula-mula chambering sampai sekarang!

Opssss!Over sangat tu ayat. Iddak le tamak, tapi dah memang niat dalam hati nak buat conveyancing, so memang aku bekerja hanya stay dalam ofis jela tak keluar ke mana unless kalau ikut Lawyer aku pergi meeting. So, memang tu lah kerja aku.kadang-kadang duduk ofis pun bertalu-talu panggilan telefon masuk untuk aku. Tapi takpe, demi ilmu, aku usahakn sebaik mungkin utuk belajar sebanyak yang aku mampu....

Hurm...panjang lebar aku menulis. Yela, nervous punya pasal.At least release jugaklah kegusaran di hati.Memang hajat malam ni nak tidur awal. yela, prince charming aku nak datang dalam mimpi aku!Heheh...Inilah masalah kalau dok single mingle ni. Dok berangan lebih-lebih.. Eh, tapi korang tahu tak, aku pernahlah jugak baca entri someone yang tuis pasal mimpi. Dia kata, kalau kita tidur, kita mimpikan someone,itu maknanya orang yang dalam mimpi kita tu rindukan kita dan teringat dekat kita. Ye ker?herm, aku mimpi arwah nenek aku...Mungkin dia ingat dan rindu dekat aku atau aku yang rindu sangat dekat makwe. Aku mimpi fil-file dan dokumen-dokumen dekat ofis..Maknanya mereka rindukan aku dan sanggup menghantui tidurku selalu! Ini memang mimpi ngeri!sangat sangat ngeri!

Eh Prince!agak-agak, kau ada tak datang dalam mimpi aku dan ada tak aku datang dalam mimpi kau?Kalau ada baguslah, kita saling teringat dan merindui.Haha! Serius, guwe memang insane dibuatnya. Berangan teruk sangat. Sabarlah poyok, tak payah over sangat sebut prince-price ini. Takde cakap takde. Karang syok sendiri padan muke (=_=)...

Hurm..betul jugak.Bahaya kalau syok sendiri. yela, aku je bah minat Fahrin Ahmad dan kenal dia, dia bukan kenal aku.Syok sendiri aku ni. (Ewwwwwww)...

Walaupun belum ketemu sama pince charming, yela sapa tahu kot-kot kami pernah berhubung ker, tak pernah berhubung ker, pernah kenal ker dan tak pernah kenal ker, pernah berselisih bahu atau pon tak pernah, aku cuma nak bagitahu, aku nak kau tahu prince, dalam sujud aku, aku tak pernah lupa untuk titip doa buat kau. Aku tak tahulah doa aku dah touch hati kau ke belum. Harap-harap dahlah dan harap-harap kau dapat rasa denyut nadi doa aku buat kau..Banyak sangat yang aku doa dan minta pada Allah.Aku mntak agar Allah ampunkan dosa kau, murahkn rezeki kau,pelihara kesihatan dan keselamatan kau walau di mana jua kau berada...Aku juga titipkan doa yang sama buat mama dan ayah kau, adik beradik kau dan keluarga kau yang lain...Dan aku juga berdoa rezeki kita murah agar kita dipertemukan satu masa nanti tak kira cepat atau pun lewat...Amin amin!

Erm.Okaylah kawan-kawan dan Incik blog dan awak, Prince Charming..Asyik repeat prince charming, over aku! Aku dah okay.Nervous dah kurang. Jadi nak stop writing..Nak tidur rehatkan minda....Panjang umur kita ketemu lagi..Oh yer, aku nak buat entri pasal Haircare product yang aku guna!Sebab berkesan, jadi nanti kemudian aku update pasal Haircare products aku pakai..

dah la makin lain isu pulak!
Ngantuk nak tidur
Selamat Malam Dunia...

No comments:

Post a Comment